Friday, September 23, 2011

Kandid Beluran

 Ni gambar Beluran dari atas bukit Beluran...kalau orang Beluran mesti tahu tempat ni.he...Bukan aku yang ambil gambar ni. Aku ambil-ambil ja, harap orang yang ambil gambar ni ndak marah...hu..

Al-kisah sejarahnya....

Selamat datang ke gerbang kecil Beluran... he.. Aku mahu cerita pasal Beluran ni bukannya ada sebab-sebab spesifik. Saja-saja untuk mengisi masa lapang. Mahu promote hometown sendiri. Ramai kawan-kawan aku cakap yang Beluran ni tiada apa-apa... hu..sedih aku dengar bila anak jati Beluran sendiri cakap macam tu. Memang diakui Beluran ni belum berkembang maju sepenuhnya tapi rasanya ndak lama lagi maju juga ba Beluran ni. Sebenarnya banyak benda yang menarik di Beluran ni cuma kita orang Beluran sahaja yang tidak perasaan. Jangan risau nanti aku kasi update juga dari masa ke semasa apa yang best pasal Beluran ni...hu...